DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:
1. Harga sewa kenderaan ini adalah RM _____ sehari dan wang deposit sebanyak RM ___ hanya akan dipulangkan kepada PENYEWA jika perjanjian ini dipatuhi.
2. PEMILIK KENDERAAN berhak menuntut bayaran tambahan jika kenderaan ini lewat dikembalikan selepas tamat tempoh sewa seperti di atas pada kadar RM 10.00 / jam.
3. Kenderaan ini tidak digunakan untuk segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang Negara Malaysia.
4. PENYEWA bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku penyalahgunaan kenderaan ini dalam tempoh sewa seperti di atas sekiranya terlibat dengan segala jenis aktiviti jenayah atau kesalahan undang-undang Negara Malaysia.
5. Adalah menjadi tanggungjawab PENYEWA untuk membayar semua saman, kompaun atau denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dalam tempoh sewaan seperti di atas.
6. PEMILIK KENDERAAN berhak menuntut sebarang ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan yang melibatkan kenderaan tersebut dalam tempoh sewa seperti di atas.
7. Sekiranya kenderaan tidak ditemui, hilang atau rosak dalam tempoh sewa kenderaan ini seperti di atas, PENYEWA adalah bertanggungjawab untuk menanggung segala kos yang dikeluarkan oleh PEMILIK KENDERAAN yang melibatkan kenderaan ini.
8. PEMILIK KENDERAAN berhak meminta dan menyimpan salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu serta salinan Kad Pelajar atau Pas Pekerja PENYEWA kenderaan ini untuk tujuan rujukan.
9. PENYEWA tidak menyewakan atau menyerahkan kenderaan ini kepada orang lain.
10. PENYEWA tidak dibenarkan melakukan apa-apa perubahan bentuk dan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam kenderaan ini.
11. PENYEWA bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bahagian luar dan dalam kenderaan ini sepanjang tempoh sewa.
12. PENYEWA akan menyerahkan kembali kenderaan ini dalam keadaan baik dan bersih kepada PEMILIK KENDERAAN apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat atau pun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian.
13. PENYEWA bersetuju membayar RM ________ sebagai kos membersihkan kenderaan jika perkara 11 tidak dipatuhi.
Terima kasih kerana menyewa dengan kami.